Sunday, April 24, 2011

Friday, April 15, 2011

KALAU CINTA, JANGAN EGO !!

Salam ceria buat pembaca semua.... Terima kasih kerna masih setia menanti dan membaca coretan saya pada kali ini.

Pada kali ini saya ingin kongsikan sesuatu panduan yang saya baca baru-baru ini dan selepas membacanya, ianya amat memberi kesan kepada saya untuk memperbaiki lagi diri ini. Saya harapkan coretan ini jua dapat memberi panduan yang berfaedah untuk anda kaji dan ikuti....

Sifat ego sebenarnya boleh dihapuskan dengan satu perkataan mudah iaitu 'terpaksa'. Contohnya jika suami anda terpaksa akur untuk dibuli. Terpaksa menghantar anda membeli-belah walau dia tidak suka. Terpaksa mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah kerana anda sibuk ke luar daerah. Terpaksa makan ala kadar setiap hari sebab anda tak mungkin masak dalam keletihan. Terpaksa menghadkan masa melepak bersama rakan-rakan atas arahan permaisuri di rumah.

Sebenarnya perkataan terpaksa ini begitu menolong kita dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri. Anda juga sering merasa terpaksa dan ia amat membantu anda dalam menekan sekuat-kuatnya sifat ego di hati.

Bukankah anda terpaksa menerima kedatangan ibu mertua yang sakit sementara anda kebetulan sedang sibuk sangat dengan tugasan di pejabat. Anda terpaksa bermanis muka dengan ipar duai yang selalu buat hal. Anda terpaksa mengurut suami yang mahu bermanja sedangkan anda begitu keletihan dengan kerja rumah.

Kalau lah perkataan terpaksa itu tidak ada dalam kamus hidup anda, pastinya akan huru-hara rumahtangga yang dibina dan kekuasaan ego akan bertakhta di hati. Buat apa susah-susah berkorban untuk suami, kalau suami pun tak mahu tunjukkan kasih sayang dan pengorbanannya?

Buat apa bermanis muka dengan keluarga suami kalu keluarga kita pun dia tak hormat?

Suami pun berkata dalam hati, "Buat apa aku berjimat sedangkan isteri sesuka hati buang duit lampiaskan nafsu shoppingnya?"

Buat apa aku setia kalau isteri macam tunggul mati?

Wahhhh sungguh bahaya kalau sifat ego begini dibiarkan menjadi-jadi!!

Mengapa suami dan isteri mesti memelihara rasa terpaksa dalam hati? Bukankah dia seolah-olah tidak ikhlas? Sebenarnya perkataan itu adalah permulaan daripada sifat ikhlas dengan syarat selepas rasa terpaksa kita mesti betulkan niat menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Awalnya memang terpaksa, tapi lama kelamaan setelah hati terbiasa berbuat baik kepada pasangan, maka hati akan semakin faham bahawa segala kebaikan itu akan dipandang Allah SWT dengan pandangan rahmat. Barulah ketika itu ikhlas datang dalam hati dan perbuatan kita. Sebenarnya ada banyak cara untuk melemahkan sifat ego dalam diri kita, antaranya ialah:



1. Fahami Situasi Semasa

Tak mungkin seorang suami enggan menghargai isterinya jika isteri betul-betul mengambil berat kecuali dia sedang dalam keadaan tidak normal. Suami yang normal mesti membalas cinta dengan cinta, sentuhan dengan sentuhan, pertolongan dengan pertolongan, ambil berat dengan ambil berat juga.

Tak mungkin dia tak merespons kehangatan isterinya. Anda sebagai isteri juga mesti faham suami juga manusia sama seperti diri anda, kalau anda ada masalah atau tertekan atas sebab-sebab tertentu, pasti layanan anda kepada suami terganggu, bukan?

Maknanya, jangan kerana suammi tak balas kebaikan anda, lalu anda pun bawa diri dan mementingkan ego sendiri. Bagaimana kita melayannya, begitulah dia melayan kita. Kita sedia faham bahawa situasi amat mempengaruhi sikap manusia.

Suami yang ego memanglah senang nak dilawan dengan ego juga tetapi sampai bilakah anda mahu terbelenggu dengan situasi yang sama? Jadi, bukankah elok membiarkan situasi yang panas berlalu dengann sikap lebih bersahaja.

2. Tunjuk Pada Tuhan

Orang yang ego sentiasa mahu menunjuk dirinya benar dan orang lain salah. Harap anda tak terpancing dengan sikap pasangan yang ego. Bukankah lebih baik menjadi orang yang suka menunjukkan dirinya benar di hadapan Tuhan bukan di mata manusia?

Anda akan lebih berasa tenang jika anda tak peduli dengan sikap ego manusia yang menganggu anda kerana Allah sentiasa menjadi sandaran dan rujukan hati. Hati yang sentiasa bersama Allah tak kan sempat merasai pedihnya disakiti orang yang ego, sebab hati itu begitu sibuk memikirkan tentang kebaikan yang hendak dilakukan. Jadi tak sempatlah nak pedulikan orang ego.

3. Kalau Cinta, Ego Jadi Nikmat

Pelik tapi benar, kalau sedang jatuh cinta, manusia takkan peduli dibuli kekasih. Ingat saja masa-masa anda dan suami jatuh cinta. Pasti dengan senang hati dan bangganya anda jadi mangsa ego suami.

Disuruh apa pun anda sanggup buat, minta apa pun anda akan beri, marah sedahsyat mana pun hati anda tetap berbunga bila berjumpa. Senangnya nak hapuskan sifat ego di hadapan suami, cukup dengan usaha anda untuk jatuh cinta lagi kepadanya berkali-kali.

Bagaimana mendapatkan mood jatuh cinta? mahu menyuburkan rasa romantik? Salah satunya anda mesti mencintai diri anda dahulu. Cintai hati anda yang mahu berbuat baik, wajah anda yang sentiasa senyum redha, tangan dan kaki yang mahu berkorban untuk orang yang dicintai. Bercerminlah dan katakan 'hai si cantik' kepada wajah anda yang berseri. Barulah aura itu menyentap hati suami untuk jatuh cinta lagi hehehe.

Ego tak ego, kehidupan berumahtangga ini mesti diteruskan. Jangan biarkan kaki anda berhenti melangkah ke matlamat bahagia kerana sakit hati dengan ego suami. Ego sifatnya datang dan pergi, tapi cinta sejati yang menentukan apakah anda berdua dapat bertahan dalam suasana penuh toleransi.

Sunday, April 10, 2011

Punca Pertemuan Kali Ke 2 Ditolak.....

Salam sejahtera buat pembaca semua. Saya harap anda semua sihat2 hendaknya.

Diatas permintaan beberapa subscriber sy, so pada kali ini saya ingin bercerita sikit tentang topik "Punca Pertemuan Kali Ke 2 Ditolak".

Diharapkan topik ini dapat membantu anda jua....


Segalanya nampak baik pada pertemuan pertama. Dia nampak bahagia, tersenyum malah anda berbual banyak perkara bersamanya. Malahan dalam pertemuan pertama itu, anda berasa mahu mendekatinya dengan lebih lanjut.

Namun bila anda cuba mengatur pertemuan kali kedua, pelbagai alasan diberikannya. Antaranya keletihan, banyak kerja dan gayanya seperti mahu menolak ajakan tersebut tanpa anda mengetahui sebabnya. Mengapa ini terjadi?

Sebagai lelaki ada beberapa perkara yang harus anda selidiki iaitu bertanya kepada kawan-kawan, apakah cara terbaik menawan hati wanita, bertanya terus kepada pasangan mengapa dia menolak ajakan anda dan selagi anda tidak mendapat jawapannya, anda haru terus mencari.

Kata orang, pertemuan pertama adalah titik kepada mencari keserasian. Ada pasangan yang suka keluar namun bila dia merasakan bahawa tiada ciri-ciri diingini daripada pasangan tersebut, maka dengan mudah dia menolak ajakan kedua. Sebagai lelaki anda harus tahu mengapa ia berlaku agar perkara ini tidak berulang.


1. Cari punca moodnya berubah

Tentu saja anda tercari-cari jawapan di sebalik dia berubah. Langkah pertama, hubungilah kawan-kawannya yang anda kenali. Melalui kawan, anda akan dapat sikit jawapan tentang dirinya, apa yang disukai atau tidak.

Apa yang boleh membuatkan mood si dia berubah dan sebagainya. Jika anda sudah mendapatkan jawapannya, agak mudah untuk anda mengatur pertemuan kali kedua dan cara-caranya untuk mengajaknya keluar.


2. Hentikan spekulasi

Jawapan tidak akan dapat dicari selagi timbulnya spekulasi. Berbagai-bagai cerita dan versi boleh anda dengan tetapi akhirnya anda harus mencari berita yang betul agar kebenara tercapai. Jika si dia tidak mahu keluar dan anda mendapat pelbagai cerita, jangan terlalu mudah percaya.

Mungkin dia benar-benar sibuk dan kepenatan dan mungkin di masa depan baru dia mahu keluar bersama anda lagi. Anda tidak harus berhenti berusaha melainkan dia sudah memberi kata putus bahawa dia sudah tidak mahu keluar lagi dengan anda.

Jangan sesekali mendesaknya kerana mood seseorang sentiasa berubah-rubah. Desakan adalah satu paksaan dan ramai orang tidak menyukainya. Biarlah masa yang menentukan hubungan anda dan dia. Jika ada jodoh, ada lah....


3. Keluar dari ZON


Sebagai lelaki, tentu sahaja anda berasa tercabar jika perempuan menolak ajakan anda rite? Namun anda juga harus kreatif dan berusaha bagaimana mahu keluar dari zon kebiasaan. Maksudnya adalah jika dia tidak menjawab panggilan anda, anda boleh menunggunya di pejabat dengan sejambak bunga.

Anda juga boleh menantinya di rumah atau berpakatlah dengan kawan-kawan yang selalu keluar dengannya untuk turut serta dalam perjumpaan dengannya. Apa yang penting, anda harus berusaha untuk memikat hatinya jika anda benar-benar menyukainya. Jangan berputus asa kerana anda akan kelihatan lemah di matanya jika anda tidak berusaha.

Hati wanita umpama kerak nasi. Nampak keras tetapi sebenarnya sangat lembut didalam. Kalau kena dengan pujuk rayunya, tidak mustahil dia akan keluar lagi bersama anda. Malah tidak mustahil juga suatu hari nanti, anda akan bersanding berdua dengannya di atas pelamin huhuhu.


4. Penuh kejutan

Wanita biasanya kalah dengan lelaki yang romantis yang selalu memberikannya hadiah. Jadi kalu anda mahu menawan hati wanita, anda juga harus melakukan pelbagai kejutan buatnya. Hadiah tidak semestinya bersifat mahal, tetapi cukup dengan anda menghantar kad ucapan penuh romantis kepadanya. Curahkan isi hati anda kepadanya. Nyatakan sebab-sebab anda mahu mendekatinya sekaligus memiliki hatinya. Jika kali pertama tidak berjaya, jangan sesekali anda berputus asa. Sebaliknya berusaha dan terus berusaha kerana wanita memang kalah dengan pujuk rayu lelaki.

5. Teruskan tindakan

Jika anda sudah berjaya memiliki hatinya, tunjukkan bahawa anda serius dengan dirinya. Tunjukkan kasih sayang dan kesetiaan anda. Sekiranya anda berasa sangat serasi, maka teruskan dengan tindakan masuk meminang dan melangsungkan perkahwinan dengan seberapa segera.

Wanita biasanya berasa sangat terharu jika lelaki menunjukkan kesungguhan dan sanggup menjaga mereka sehingga ke akhir hayat. Bagi wanita, perkahwinan adalah satu jaminan kehidupan dan anda tidak harus mengkhianatinya.

Sekian......

Tuesday, April 5, 2011

8 ALASAN YANG SALAH UNTUK BERNIKAH

Salam ceria.....

Kali ini saya ingin berceloteh sikit berkaitan 8 Alasan Yang Salah Untuk Bernikah!!

Matlamat akhir sebuah percintaan tentunya menuju ke alam perkahwinan. Namun
begitu pastikan anda membuat keputusan untuk hidup bersama dengan sidia itu bersama perasaan yang ikhlas dan cinta yg mendalam...

Jika anda berkahwin kerana salah satu alasan berikut, bermakna anda sudah
membuat keputusan yang salah dan tidak mustahil jika perkahwinan yang anda jalani itu tidak akan membuatkan anda bahagia.

1. Menyenangkan Insan Lain

Ketika dalam tempuh bercinta, orang tua kedua belah pihak sudah pun mengenali diri dan menganggap anda sebahagian daripada keluarga. Ketika acara keluarga, si dia turut dijemput malah kalangan ahli keluarga anda tak segan bertanya bila anda berdua akan disatukan.

Sebagai anak, memang kita wajib membahagiakan orang tua tapi keputusan untuk berkahwin itu terletak di tangan anda. Anda lah yang tahu sama ada si dia itu serasi dengan anda atau sebaliknya. Orang tua mungkin senang dengan pilihan anda tapi anda sendiri bagaimana?

Jangan juga bernikah kerana termakan dengan desakan orang sekeliling yang
asyik bertanya. Pastikan diri anda dan juga pasangan bersedia kerana anda berdualah yang akan menjalani kehidupan berumahtangga nanti.


2. KERANA HARTA ATAU WANG


Bertemu dengan teman lelaki yang kaya dan tidak pernah berkira memang
dambaan setiap wanita. Pasti senang bila di saat hujung bulan, ada yang
menawarkan untuk belanja makan tengahari, ketika telefon rosak si dia
menghadiahkan anda telefon canggih yang anda idamkan. Malah ketika anda kesempitan wang, dia ringan tangan menghulurkan RM untuk anda.

Anda juga berangan untuk berhenti daripada bekerja setelah berkahwin dengan si dia nanti apatah lagi dia sudah pun melamar anda. Tapi hati-hati dengan keputusan anda ini kerana tak mustahil anda melakukannya kerana budi yang telah ditaburkan atau anda kabur mata dengan kedudukan kewangannya. Renungi dalam-dalam sebelum membuat keputusan, benarkah anda betul menyayangi dan ikhlas menerima dirinya bukan kerana hartanya.


3. USIA YANG MENINGKAT

Ketika ini ramai gadis yang membuat sasaran untuk berumahtangga pada usia
26 hingga 28 tahun. Ketika ini diri dirasakan sudah matang dan punya kerjaya. Namun hakikatnya manusia ini hanya merancang, tapi Tuhan juga yang menentukan.

Sebenarnya perkahwinan itu tidak perlu dihubungkait dengan umur seseorang.
Akan tetapi dalam masyarakat kita hari ini, wanita yang berusia 28 tahun
dianggap selayaknya sudah berkahwin. Lebih daripada usia itu, ada yang sudah melabelkannya sebagai andartu.

Jika anda termasuk dalam golongan wanita ini, jangan sesekali berasa tertekan terutama sekali sekiranya anda selesa dengan keadaan hidup anda saat ini.

Tidak perlu juga memaksa diri bernikah dengan calon suami yang baru dua minggu anda kenal hanya kerana bimbang usia yang semakin meningkat tapi masih belum bersuami.


4. TAKUT SENDIRIAN

Anda berusaha mencari bakal suami hingga mengenepikan latar belakangnya kerana tidak mahu memikirkan hakikat anda akan hidup sendirian sehingga usia tua. Tindakan ini tak mustahil akan membuatkan diri anda sendiri yang merana. Bagaimana kalau lelaki yang baru anda kenali itu hanya sekadar pura-pura baik?

Tak mustahil anda tetap ditinggalkan sendirian selepas berkahwin kerana lelaki yang diambil menjadi suami itu rupanya tidak ikhlas menikahi anda.


5. BEBAS DARI KONGKONGAN ORANG TUA

Kebelakangan ini anda selalu saja dileteri kerana kerap pulang malam. Walhal anda sibuk dengan kerja di pejabat dan bukan keluar bersama teman lelaki atau tunang seperti yang mereka sangkakan. Bosan mendengar leteran mereka, anda memutuskan untuk berkahwin agar lebih bebas ke mana-mana.

Jangan begitu.... Memang wajar orang tua berasa risau dengan keselamatan anak gadis mereka yang keluar bersama lelaki. Tapi berkahwin untuk merasa bebas bukan jalan keluar daripada masalah anda ini. Fikirkan dengan matang keputusan ini yer...


6. MAHU MEWARISI HARTA

Anda mempunyai teman istimewa yang kaya kerana orang tuanya orang berada. Anda berdua pula memang suka sama suka lalu tanpa berfikir panjang, anda terus menerimanya dengan harapan akan dapat menumpang senang. Anda juga berhasrat untuk mewarisi harta pasangan anda yang banyak tanpa memikirkan yang beliau sebenarnya mempunyai ramai adik beradik yang harus dibahagikan harta kedua ibu bapanya. Apa pun alasan untuk berkahwin sebegini salah dan ia juga bermakna anda berkahwin sebenarnya demi harta dan bukan sepenuhnya atas dasar keikhlasan serta cinta.


7. BERSAING DENGAN TEMAN

Bulan lepas, rakan baik anda melangkah ke jinjang pelamin, bulan sebelumnya sepupu anda menamatkan zaman bujangnya juga. Baru-baru ini anda menerima satu lagi undangan perkahwinan daripada rakan sepejabat. anda pula sudah empat tahun bercinta tapi belum ada lagi ura-ura untuk berkahwin.

Lantaran itu, anda sendiri sanggup menebalkan muka mengutarakan persoalan kahwin kepada teman lelaki anda. Jangan melatah bila melihat teman-teman lain sudah laku sementara anda belum lagi. Jodoh anda belum tiba jadi jangan memaksa kerana sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin anda sebenarnya belum bersedia atau ada lelaki yang lebih baik menunggu anda. Siapa tahu??


8. TERLALU BANYAK RAHSIA DIKETAHUI

Akibat terlalu akrab dengan teman lelaki, maka semua rahsia sudah anda ceritakan kepada dirinya termasuklah perkara yang negatif. Rahsia keluarga juga sudah diluahkan kepada teman lelaki anda.

Suatu ketika dia berhajat untuk memperisterikan anda sedangkan pada ketika itu bibit-bibit cinta kepadanya anda rasakan sudah semakin luntur. Tapi kerana takut teman lelaki membuka rahsia jika anda menolak lamarannya, maka anda sanggup menerimanya. Pastinya yang akan makan hati dan menyesal selepas ini adalah diri anda sendiri, bukan??

So, nasihat saya jangan jadikan alasan-alasan yang tersebut di atas untuk bernikah yer!!! Untuk kebahagiaan yang kekal selamanya, buatlah keputusan yang bijak :-)

Sekian.....