Seorang teman pernah bertanya, adakah faktor penampilan diri seorang wanita juga persekitaran disekelilingnya begitu memainkan peranan dalam menghangatkan lagi hubungan seksual bersama pasangannya?
Ini kerana setelah sekian lama mendirikan rumahtangga, kebanyakan kaum wanita mulai 'terlupa' bahawa si suami sebenarnya tetap memerlukan belaian manja dari anda walaupun dalam masa yang sama selepas kerja anda harus menguruskan anak-anak serta keluarga serta urusan rumahtangga.
Menurut pakar psikologi perkahwinan, Barbara De Angels, jika anda mahu suami berasa terangsang setiap kali melihat diri anda, sentiasalah menjaga penampilan diri anda kerana itula aset terbesar anda.
"Sibuk dengan pelbagai urusan sama ada ditempat kerja mahupun anak-anak, bukan alasan bagi anda untuk secara tanpa disedari menolak kehadiran suami. Berpakaian ala kadar, tidak langsung berbedak dan dengan wajah yang tidak ceria, hanya akan mematikan semangat suami untuk menikmati pemandangan indah yang sepatutnya diperolehi dari anda.
"Apatah lagi sekiranya anda suka berleter, baik terhadap anak-anak, mahupun dirinya sendiri akan membuatkan suami berasa rimas berada di rumah. Malah makan minumnya pun mula terabai sehingga menyebabkan dia terpaksa menyediakannya sendiri. Inilah kesilapan terbesar anda" ujarnya.
Tegas Barbara lagi, kenyataan ini bukanlah bermaksud anda harus berpakaian mahal-mahal sepanjang masa, tetapi biarlah kemas dan sedappppp mata memandang. Sememangnya paras rupa seseorang tidak boleh diubah, namun gaya hidup yang ceria mampu merubah suasana rumahtannga lebih harmoni. Bahkan dia berpendapat seelok-eloknya anda keluar membeli belah bersama-sama sekiranya ada peluang & kelapangan.
Sekiranya anda boleh meminta pandangannya sebagai contoh dalam memilih pakaian yang dia rasakan elok untuk anda memakainya.
"Anda tidak perlu malu untuk bertanyakan pendapat suami anda kerana sudah tentu kata-katanya itu membawa maksud tersirat. Mungkin juga anda boleh meminta dia memilih pakaian tidur ataupun pakaian dalam yang dianggapnya seksi dan paling digemarinya.
"Pun begitu, janganlah anda berpakaian yang keterlaluan sehingga kelihatan seperti patung dan menyukarkan anda untuk bermesra pula. Tidak pun, setelah hidup bersama, tentu anda mula faham minat dan kesukaannya dalam melihat anda berpakaian."
"Berwangi-wangian serta memakai pakaian tidur pilihan anda sendiri juga mampu memberikan daya tarikan yang tersendiri. Cubalah kerana tiada sesiapa pun yang akan rugi." katanya bersungguh-sungguh.
Barbara turut memberikan tip menarik dalam kaedah bercumbu yang boleh dipraktikkan bersama pasangan anda. Katanya, jika anda sering bercubu dalam suasana gelap (lampu bilik dimatikan terlebih dahulu), cubalah memasang lilin yang mana dapat menerangi sebahagian kecil bilik tidur anda.
Tambahnya, cahaya kelam yang dihasilkan sebenarnya akan membuatkan suami lebih terangsang dengan melihat diri anda ketika itu. Sementara anda ternanti-nanti dia mengucapkan kata-kata mesra di telinga anda, dia sebenarnya berpeluang membelai tubuh anda penuh mesra.
Berbincang akan apa yang dia suka atau pun tidak terhadap diri anda secara terbuka juga, mungkin satu idea yang bagus. Kaedah yang bagaimana yang dia mahu anda lakukan bersamanya agar mendapat kepuasan maksima juga penting dibicarakan.
"Mungkin juga agak janggal pada permulaannya, kerana maklumlah tidak semua wanita berani memperkatakannya secara terbuka. Tetapi ketahuilah bahawa suami akan lebih menghargai saranan anda kerana dari situ dia tahu yang anda prihatin terhadap sikapnya selama ini."
"Kalau sebelum ini suami pernah terlintas untuk membandingkan anda dengan bentuk badan wanita lain yang pernah dipandangnya, maka kata-kata anda pasti dapat menyedarkannya. Atau pun cubalah bertanya padanya adakah dia berpuas hati dengan penampilan diri anda selama ini?"
"Tidak salah juga untuk anda sama memandang wanita yang kebetulan lalu dihadapan kalian berdua dan bertanya adakah gaya wanita itu yang diinginkan untuk anda pula."
"Mungkin suami akan terkejut kerana tidak menyangka bahawa anda rupa-rupanya mengintip tingkah lakunya." ujarnya berpendapat bahawa
tindakan anda sebenarnya punca dalam merapatkan lagi hubungan suami isteri yang dibina selama ini.
Kata Barbara lagi, sekiranya suami memberikan cadangan bagaimana untuk membuat penampilan anda semakin seksi serta memberahikan, terimalah seadaanya. Malah tidak salah sekiranya anda juga memberikan cadangan yang serupa terhadap dirinya kerana
hubungan suami isteri bukan sekadar di atas katil sahaja tetapi persefahaman yang paling penting.