Saturday, July 9, 2011

Senarai Semak Persiapan Kahwin Bagi Bakal Pengantin

Salam sejahtera buat anda semua. Sedang buat apa tadi?

Sudah agak lama rasanya sy tidak update web sy ini dengan info & tips2 yg diharapkan dapat membantu anda. Berikutan sibuk dengan persiapan bisnes terbaru sy yg juga berkaitan dgn perkahwinan, diharapkan sy dapat berikan perkhidmatan yg terbaik buat anda semua. Jika anda sudi, harap dapat singgah ke fanpage terbaru sy iaitu http://facebook.com/huzweddingplanner

Tanpa membuang masa anda, pada post kali ini saya berikan secara ringkas Senarai Semak Persiapan Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin semua. Jika anda bakal berkahwin tidak lama lagi, sy harapkan senarai semak ini dapat membantu. Jika anda perlukan panduan atau checklist yg lebih terperinci, sy sarankan agar anda dapatkan ebook “Perancangan Perkahwinan” di http://rancangkahwin.com




12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
* Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
* Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
* Mengaturkan bajet
* Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
* Mengumpul nama tetamu
* Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
* Memilih cincin pernikahan
* Memilih kek pengantin
* Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Menyelesaikan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
* Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
* Menghubungi saksi pernikahan
* Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

* Menyenaraikan nama tetamu
* Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
* Merancang bulan madu
* Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
* Memastikan rawatan spa secara intensif
* Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
* Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN


* Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
* Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
* Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
* Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
* Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
* Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

So macamana? Sy harap Senarai Semak yang ringkas ini dapat membantu semua bakal pengantin. Untuk panduan & checklist yang lebih terperinci, jangan lupa ke www.rancangkahwin.com ya