Sunday, March 18, 2012

Lebihkan Senyuman, Kurang Tekanan Menjelang Perkahwinan....

Salam ceria semua.....

Siapa diantara anda yang bakal berkahwin tidak lama lagi???  Jika anda diantara mereka yg bakal bernikah tidak lama lagi, sy harap artikel ini dapat membantu ya :-)

Memulakan hari dengan senyuman mampu menceriakan hidup anda sepanjang hari walaupun anda dilanda pelbagai masalah. apatah lagi disaat-saat akhir anda akan menjadi raja  sehari.  Tidak dapat dinafikan, banyak perkara yang perlu anda lakukan dan banyak masalah besar atau pun yang remeh sepanjang melakukan persiapan perkahwinan. Masalah2 ini jua akan menyebabkan anda rasa tertekan dan letih menjelang hari perkahwinan.  Namun anda perlu meneruskan senyuman kerana terdapat 1000 kebaikan melalui senyuman anda itu ya.

Pujangga ada mengatakan "Senyuman Itu Kelopak, Ketawa itu Bunga Yang Sempurna Kembangnya".  Tidakkah anda terfikir bahawa senyuman dan ketawa sebenarnya dapat membuatkan diri anda bahagia selalu??


KEBAIKAN SENYUMAN

Apabila memikirkan busana yang kurang menepati cita rasa anda, pasti semangat anda sedikit merundum bukan? Namun anda harus meneruskan senyuman kerana tubuh turut tersenyum dan menganggap anda berada dalam situasi yang menggembirakan, sedangkan anda sebenarnya sedikit gusar dan letih.  Lantaran itu, apabila anda tersenyum, secara automatik tubuh anda turut bertenaga.

Apabila senyum, anda hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Oleh sebab itulah mereka yang suka senyum dan ketawa, dikategorikan awet muda. Dan percayalah bahawa wajah anda akan lebih berseri-seri ketika disandingkan di atas pelamin dengan kuasa senyuman anda yang ikhlas.  Lupakan semua masalah yang berlaku sebelum tiba majlis persandingan yer.

Ketika anda ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).  Antibodi amat diperlukan dalam kehidupan anda seharian, apatah lagi jika anda akan hamil tidak lama lagi.  Untuk itu, teruskan tersenyum walayppun anda tahu periuk belangga menunggu untuk dibasuh selepas selesai majlis perkahwinan nanti ya hehehe.

Senyum dan ketawa juga boleh menambah kemasukan oksigen dalam darah yang secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.  banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.  Pastinya anda tidak mahu meninggalkan isteri atau suami tercinta ketika kasih sedang memuncak. Oleh itu, lebihkan senyuman menjelang hari perkahwinan anda ya :-)

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.  Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti anda bersenam beerapa minit.  Apabila mengetahui rahsia disebalik senyuman, teruslah tersenyum kerana ia dapat memakar kalori yang terlalu meminati tubuh anda hehehe.

Senyum dan ketawa memperbaiki fungsi otak dan melegakan tekanan.  Ketawa akan merangsang kedua-dua belah otak dan ini meningkatkan keupayaan untuk belajar dan menguatkan memori.  Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat  baru.  Hal ini amat penting kerana anda perlu bersedia menghadapai dunia baru kerana anda tinggal sebumbung dan berkongsi kehidupan dengan suami ataupun isteri anda.

Dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.  Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.  Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang biasa memaniskan senyuman itu dan ia berkuasa menyerikann hari insan lain.  Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sesebuah ikatan.  Betul tak?

Lantaran itu, mulakan ikatan pernikahan anda dengan senyman ikhlas agar pasangan anda mengerti bahawa anda bersedia dan rela hati menerima kehadirannya dalam hidup anda:-)

0 comments:

Post a Comment