Monday, October 7, 2013

3 CIRI ISTERI MITHALI




Setiap lelaki mendambakan seorang wanita yang mampu menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya kelak.  Namun, masih ada juga yang menjadikan kecantikan paras rupa mahupun harta benda sebagai asas yang utama.  Tetapi, apakah sebenarnya ciri-ciri yang melayakkan seseorang wanita menggalas gelaran sebagai isteri mithali?

Saling Ingat Mengingati

Secara dasarnya, lelaki menginginkan seorang isteri yang hebat dan mampu membuatkan dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya.  Tidak perlu dijelaskan dengan kata-kata kerana situasi itu akan datang dengan sendirinya.  Kesibukan suami mencari rezeki ada ketikanya membuatkan mereka berasa tertekan.  Di sinilah isteri memainkan peranan untuk memberi motivasi dan penguat semangat agar suami terus berjuang demi keluarga yang dipimpinnya.

Taat Dan Mendengar Kata

Seorang suami pastinya bahagia mendapat isteri yang mendengar kata, menghargai, menghormati malah menyayangi dirinya sepenuh hati.  Malah, isteri yang balik juga adalah isteri yang bijak menjaga air muka suami. Tidak sekali-kali memperlekehkan suami dihadapan orang lain atau lebih teruk lagi berkongsi cerita peribadi dengan individu yang tidak sepatutnya.

Kuat Pegangan Agamanya

Punya semua sikap yang baik namun jika longgar pegangan agamnya maka tak kan mampu menggalas gelaran ibu mithali.  Inilah ciri yang paling utama sekali.  Isteir mithali mampu mendidik anak-anak tentang kewajipan sebagai umat Islam dan berupaya mendorong anak mematuhinya.  Malah hebat lagi, isteri ini dapat membawa suami yang mungkin duluya berada di landasan yang salah ke jalan yang benar lagi diredhai Allah... Aminn

Friday, May 31, 2013

Assalammualaikum & selamat pagi semua :-)

Alhamdulillah setelah sekian lama saya menyepi dek kerana kesibukkan yang melanda, akhirnya saya berpeluang untuk update blog yang telah lama terbiar :-(

Dalam kebingungan untuk berkongsi cerita yang menarik dengan anda semua, tiba2 saya teringatkan sesuatu... ya since saya ada dapat beberapa keping kupon yang diberikan oleh seseorang.... tapiiii yang pasti kupon tersebut tidak dapat saya gunakan kerana saya telah pun berkahwin hehehe

Ok tanpa berlengah dan membuang masa, begini, kupon tersebut adalah kupon untuk pakej photograph untuk bakal-bakal pengantin untuk majlis akad nikah, bersanding dan bertandang.


Memandangkan saya tidak boleh menggunakannya, so saya ingin berikan kepada anda. Itu pun jika anda berminat dan bakal berkahwin pada bulan November & Disember 2013 nanti :-)

So, if anda betul-betul berminat, sila PM saya segera di fanpage www.facebook.com/huzaprintingcentre

Untuk makluman anda semua kupon yang ada ni pun ada 2 keping aja dan saya rasa ianya sesuai jika majlis anda itu bakal diadakan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Tapiiiiii untuk makluman, ada 1 syarat lagi yang anda kena penuhi untuk dapatkan kupon tersebut. Tapi jangan risau sebab syarat tersebut mudah sahaja ya :-)

Jadi, jom cepat-cepat hubungi saya jika :

1)  Anda bakal bernikah pada bulan November / Disember 2013;
2)  Berminat untuk dapatkan kupon yang bernilai RM500 ini;
3)  Tinggal disekitar Kuala Lumpur & Selangor;
4)  Yakin dapat laksanakan 1 syarat mudah dari saya :-)

Akhir kata, jika anda diantara 2 orang yang terrrrrcepat & bertuah, TAHNIAH saya ucapkan :-)