Setiap lelaki mendambakan seorang wanita yang mampu menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya kelak. Namun, masih ada juga yang menjadikan kecantikan paras rupa mahupun harta benda sebagai asas yang utama. Tetapi, apakah sebenarnya ciri-ciri yang melayakkan seseorang wanita menggalas gelaran sebagai isteri mithali?
Saling Ingat Mengingati
Secara dasarnya, lelaki menginginkan seorang isteri yang hebat dan mampu membuatkan dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak perlu dijelaskan dengan kata-kata kerana situasi itu akan datang dengan sendirinya. Kesibukan suami mencari rezeki ada ketikanya membuatkan mereka berasa tertekan. Di sinilah isteri memainkan peranan untuk memberi motivasi dan penguat semangat agar suami terus berjuang demi keluarga yang dipimpinnya.
Taat Dan Mendengar Kata
Seorang suami pastinya bahagia mendapat isteri yang mendengar kata, menghargai, menghormati malah menyayangi dirinya sepenuh hati. Malah, isteri yang balik juga adalah isteri yang bijak menjaga air muka suami. Tidak sekali-kali memperlekehkan suami dihadapan orang lain atau lebih teruk lagi berkongsi cerita peribadi dengan individu yang tidak sepatutnya.
Kuat Pegangan Agamanya
Punya semua sikap yang baik namun jika longgar pegangan agamnya maka tak kan mampu menggalas gelaran ibu mithali. Inilah ciri yang paling utama sekali. Isteir mithali mampu mendidik anak-anak tentang kewajipan sebagai umat Islam dan berupaya mendorong anak mematuhinya. Malah hebat lagi, isteri ini dapat membawa suami yang mungkin duluya berada di landasan yang salah ke jalan yang benar lagi diredhai Allah... Aminn