Friday, November 26, 2010

APA LANGKAH AWAL ANDA......


Salam sejahtera,
Blog Perkahwinan Melayu Kini ini diwujudkan atas dasar ingin berkongsi info, tips & panduan perkahwinan yang diharapkan dapat membantu serta memberi panduan berguna buat anda.  Jika anda inginkan info, tips serta panduan ini dihantar terus kepada anda menerusi email, sila isikan nama & alamat email anda disebelah kiri side bar ini.

Harapan kami agar blog ini bukan sahaja berguna untuk mereka yang masih single, malah ianya dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang anak mereka bakal berkahwin, malah kepada mereka yang telah berkahwin melalui tip2 rumahtangga bahagia yang akan kami kongsikan jua.

Untuk tips pertama yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan MODAL perkahwinan.  Tidak kira anda dalam perancangan untuk kahwin dalam masa 3, 6, 12 bulan or 2, 3 tahun lagi, yang pasti modal adalah isu terpenting bila ayat KAHWIN mula disebut2 tidak kira oleh anda, pasangan anda atau keluarga anda berdua.  Dari itu persiapan awal amat2 lah penting kan kan kan? 

Disini saya ingin bertanya.  Sudah berapa banyakkah saving anda? Cukupkah saving anda itu untuk majlis perkahwinan yang anda idam-idamkan?  Yang pasti kos untuk merialisasikannya semakin meningkat setiap tahun.  Sudah pasti simpanan anda nanti bukan sahaja akan merangkumi perbelanjaan untuk majlis perkahwinan anda sahaja, malah ianya akan merangkumi perbelanjaan selepas anda berkahwin nanti.   Tak kan lepas kahwin anda masih nak duduk kat rumah keluarga anda atau keluarga mertua anda? Atau anda nak duduk berhimpit dalam bilik sewa aja? So yang jelas ianya melibatkan wang simpanan yang besar.

Jadi nasihat saya jangan hanya disebabkan anda plan nak kahwin tak lama lagi barulah nak mula menyimpan.  Pada saya itu adalah cara yang tidak betul (unless jika anda memang loaded atau keluarga anda mampu support majlis perkahwinan anda itu nanti). 

Saranan saya, jadikan kebiasaan dan keutamaan untuk asingkan sedikit peruntukan dari wang gaji / side income anda.  Paling minima cuba simpan RM200 sebulan ke dalam akaun lain (digalakkan akaun yang susah nak dikeluarkan spt Tabung Haji or ASB).  Sebaiknya anda buat potongan gaji sebab ianya lagi mudah. Jika anda tidak berbuat demikian, tetapi merancang untuk pergi ke bank sendiri, saya berani jamin, akan timbul pelbagai alasan untuk melaksanakannya.  Jika anda buat potongan terus dari gaji, anda tidak akan perasan yang anda telah menyimpan di tempat lain.  Nasihat saya jangan selalu ingat pada simpanan tersebut sebabnya urusan simpanan setiap bulan sudah pasti telah masuk ke tempat yang selamat.

Selepas itu anda cuba selesakan diri anda dengan income yang ada dan selagi boleh cuba mencari peluang untuk menambahkan pendapatan dengan membuat kerja sampingan lain.  Dari anda membuang masa lepak atau dating aja, lebih baik anda tumpukan masa yang terluang dengan membuat keje sampingan yang mendatangkan extra income.  Lebih mudah jika anda ajak pasangan anda joint sama.  At least dia tahu why anda selalu sibuk & tak ada masa nak berjumpa. 

Macam-macam kerja yang anda boleh buat tidak kira kerja sebagai pembantu kedai dihujung minggu atau buat business online.  Yang pasti tepuk dada tanya selera.....kerja atau biz apa yang anda minat dan sesuai dengan pengalaman anda.

Sekian sahaja tips saya pada kali ini.  Saya harap anda segera memulakan langkah sebelum ayat KAHWIN semakin serius diperkatakan oleh pasangan dan keluarga anda nanti. 

Sekali lagi saya ulang, jangan hanya disebabkan dah nak kahwin baru nak mula menyimpan.  Seharusnya ianya LONG TERM ACTION! Jika anda telah mula menyimpan sejak dari zaman sekolah lagi, SYABAS saya ucapkan kerana anda tahu apa yang patut anda lakukan!

Jumpa lagi untuk tips-tips yang seterusnya ya.....Tunggguuuuuuuuuu

0 comments:

Post a Comment