Thursday, December 23, 2010

Adakah Dia Benar-Benar Menyintaiku?


Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini? Menarik or tertarik ? :-)

Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya sesuatu yang sukar.  Dalam memilih pasangan hidup juga, kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.  Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang, pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.  "Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.

Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu mempunai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.  Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku.  Dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.  Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang sesuatu yang tidak diduga:

1.  Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda.  Yang dia tahu, di mata dia, andalah satu-satunya....woww

2.  Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian, tetapi didalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr

3.  Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.

4.  Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda.  Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.....sedihnyaaa

5.  Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya....wowww

6.  Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya.  Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.....romantis nyerrrr

7.  Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.... bestnyerrr

8.  Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda......TQqqqqq

9.  Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!

10.  Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya

Jika si dia yang merupakan teman hidup anda dan tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka terimalah dia seadanya.  Bersyukurlah kerana dia kini telahpun menjadi milikmu.....

Thursday, December 9, 2010

TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE JER.....

Berjumpa lagi kita kali ini dengan topik Tempah Kad Kahwin Online.  Wahhhh sekarang ni serba serbi boleh order and buat online. Almaklumlah zaman IT lah katakan. Dari itu apa salahnya kita grab kemudahan yang telah tersedia bukan?  Jika ianya menepati kehendak dan citarasa, apa salahnya.  Malah ianya dapat menjimatkan banyak masa dari duk travel sana sini tapi masih tak settle malah masa serta minyak dah terbuang gitu saja.

Persoalannya sekarang, adakah anda masih tercari-cari kad perkahwinan yang cantik dan berkualiti dengan harga menarik untuk memastikan perkahwinan yang sentiasa dikenang kerana keindahannya?

Jika YA, apa yang akan saya sampaikan nanti memang untuk anda. Jika TIDAK, tolong sampaikan informasi ini pada rakan-rakan anda yang lain ya.

Sebenarnya saya ingin memperkenalkan produk rakan perniagaan saya dari Studio Inspirasi NS yang beroperasi 100 % secara online.  Perniagaan mereka tidak mempunyai show room atau kedai tetapi mempunyai agent jualan online berdaftar diseluruh Malaysia.

Kesemua urusan tempahan adalah secara online sahaja.  Walaubagaimanapun, pihak mereka sentiasa komited
membantu setiap pelanggannya.

Pelbagai pilihan kad kahwin exclusive dengan harga murah untuk anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari link berikut, http://www.studiopages.net/index.php?ref=huzret

Harap anda berpuas hati.

Sunday, December 5, 2010

10 CARA TAKLUKI HATI WANITA IDAMAN


Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya.  Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu.  Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.

1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah suatu cabaran.  Apabila anda mahu memiliki wanita idaman, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.