Wowww bagaimana dengan tajuk yang saya pilih kali ini? Menarik or tertarik ? :-)
Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga, kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan. Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang, pasti sedikit sebanyak timbul keraguan. "Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.
Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu mempunai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati. Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang sesuatu yang tidak diduga:
1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia, andalah satu-satunya....woww
2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian, tetapi didalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr
3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.
4. Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.....sedihnyaaa
5. Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya....wowww
6. Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.....romantis nyerrrr
7. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.... bestnyerrr
8. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda......TQqqqqq
9. Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!
10. Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya
Jika si dia yang merupakan teman hidup anda dan tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka terimalah dia seadanya. Bersyukurlah kerana dia kini telahpun menjadi milikmu.....
0 comments:
Post a Comment